Sunday, May 27, 2007
WHERE'S THE RESPECT FOR WOMEN? Following is an article taken from Berita Harian..
MAT REMPIT RAKAM DENGAN TELEFON BIMBIT AKSI MENCABUL GADIS KUALA LUMPUR:
Selepas sekian lama nama buruk kumpulan Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi keterlaluan apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.
Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka, sebelum turut diperoleh orang lain.
Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Encik Mohd Aidil Mohd Rosley, 20 tahun, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan.
Menurutnya, klip video terbaru itu dianggap menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu.
'Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LELAKI TERLEPAS DARI TALI GANTUNG
ALOR STAR: Seorang lelaki yang menghadapi hukuman mati bagi tuduhan membunuh dan merogol seorang kanak-kanak perempuan pada 2002, kelmarin terlepas daripada tali gantung selepas pendakwa meminda pertuduhan terhadapnya.
Khairul Anuar Ineleyes, 28 tahun, mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan iaitu menculik supaya mangsa dibunuh ketika prosiding di Mahkamah Tinggi di sini.
Berikutan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Sofian Abdul Razak, menjatuh kan hukuman penjara 15 tahun bermula tarikh dia ditangkap pada 2 November 2002 dan tiga sebatan.
Pada 25 November 2002, tertuduh menghadapi dua tuduhan berasingan iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Siti Nur Liyana Shamimi Rosdi ketika itu berusia setahun 11 bulan dan Seksyen 376 kanun sama kerana merogol mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang belakang Taman Rakyat, Mergong di sini antara 10.30 malam, 30 Oktober dengan 10 pagi, 1 November 2002.
Bagi tuduhan itu, dia boleh dihukum gantung mandatori mengikut Seksyen 302 dan penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang enam sebatan bagi Seksyen 376.
Kelmarin, sebaik prosiding bermula, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Murtazadi Amran, memaklumkan pendakwa bersetuju meminda pertuduhan.
Hukuman bagi seksyen pindaan itu ialah mati atau penjara maksimum 20 tahun atau disebat. - BHM.
'Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan,' katanya.
Rakaman seterusnya menunjukkan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang per gelangan tangan gadis itu, sementara rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa. 'Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan.
'Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,' katanya.
Penganalisis jenayah terkenal, Encik Kamal Affendi Hashim, berkata pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan. - Harian Metro.
18:56