Tuesday, December 19, 2006
Assalamualaikum warrahmatullahi ta'ala wabarrakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi ana diberi peluang untuk melihat kecantikan alam Allah ini. Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan untuk menyayangiNya, keluarga tersayang, saudara-mara tercinta, jua rakan-rakan yang setia di sisi walaupun tika dinihari.
Ana berharap antum sihat walafiat; zahir dan batin.
Hari ini, ana meluangkan masa untuk adik2 tersayang. Kami dapat menikmati permainan
Monopoly bersama. Kami bermain, bergurau senda. Dari situ, sudah terserlah keakraban kami tiga beradik. Walaupun kami sering bertengkar, bagaikan anjing dan kucing, kami tetap menyayangi antara satu sama lain. Pertengkaran di antara kami tidak berpanjangan dan ana yakin dengan pepatah
Air yang dicincang tiada putus.
Umi dan papa sering mengingatkan ana supaya sentiasa dengan adik-adik, lebih-lebih lagi kerana ana anak yang pertama. Sebagai kakak, ana mesti selalu mengalah dan tabah menghadapi segala dugaan terutama sekali dengan perangai adik-adik yang kadangkalanya, sungguh mengguris hati. Sebagai seorang insan biasa, ana tidak dapat mengelak diri ana daripada memarahi adik-adik, lebih-lebih lagi jikalau mereka keterlaluan.
Ana sedar akan kelemahan yang terdapat pada diri ana. Salah satunya ialah mudah
irritated. Kerana kelemahan inilah yang membuat ana senang terguris hati, melepaskan amarah dan lain-lain lagi. Setelah itu, ana suka memencilkan diri ana di dalam kamar. Ana bukannya melepaskan amarah ana di dalam bilik. Sebaliknya, ana beristighfar dan solat sunat 2 rakaat demi memohonkan ketenangan dari Allah swt. Ana yakin, dengan mendekatkan diri ana dengan Allah swt, ana akan perolehi ketenangan yang luar biasa yang dapat memadamkan api kemarahan, mengubatkan kepedihan dan kesengsaraan di hati. Dengan ini jua, ana dapat meneguhkan iman ana yang mungkin tidak seteguh sebelumnya akibat api kemarahan dalam diri. Hanya kepada Allah, hamba-hambaNya dapat memohon segala. Hanya kepada Allah, hamba-hambaNya dapat mengadu keperitan di hati. Hanya kepada Allah, hamba-hambaNya dapat meluahkan segalanya tika tiada siapa yang dapat memahami. Hanya kepadaNya, hamba-hambaNya tidak mungkin akan putus harapan. Allahuakbar! Allah Maha Besar.
Hingga sini sahaja ana dapat blog. Insya'Allah, ana akan blog lagi. Harap antum dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kesabaran di dalam entry ini. Fa Shabrun Jamil (Sabar Itu Indah). Innallaha Maas Shobirin (Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar). Sabar itu separuh daripada iman. Seseorang yang bersabar itu seorang yang beriman.
Akan ana akhiri dengan Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warrahmatullahi ta'ala wabarrakatuh.
19:50