Monday, November 20, 2006
Assalamualaikum warrahmatullahi ta'ala wabarrakatuh
Syukur ke hadrat Illahi ana diberi peluang untuk melihat kecantikan alam Allah ini.. Alhamdulillah jua ana masih dapat menyayangiNya, keluarga tersayang, saudara-mara tercinta dan jua rakan2 yg setia di sisi..
Ana masih kurang sihat hari ini. Doakan ana ceput sembuh kay..?
Sering orang mengatakan bahawa hidup berpasangan susah kerana di dalam bercinta, kita memerlukan kepercayaan yang tinggi pada kekasih kita. Kepercayaan dan kesefahaman sering menjadi tanda tanya bagaimana pasangan kekasih itu dapat terus bersama bertahun-tahun lamanya. Ia juga sering menjadi tanda tanya kepada mereka yang akhirnya berpisah. Bagi ana, hidup berpasangan dan juga keseorangan susah. Hidup tidak akan sempurna tanpa liku-likunya. Dugaan hidup membuat seseorang lebih kuat dan matang dalam membuat keputusan, jua menceburi segala rintangan. Insya'Allah, dengan izin Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Apabila kita hidup berpasangan, mungkin kekasih kita itu tidak setia ataupun kita merasakan diri kita mula menyayangi orang lain di atas sebab tertentu. Mungkin jua ada pihak yang cemburu dan cuba sedaya upaya untuk pisahkan kita dengan kekasih kita sehinggakan perpisahan merupakan jalan yang terbaik.
Apabila kita hidup keseorangan, kita rasakan bahawa kita memerlukan perhatian jua kasih sayang daripada seorang insan. Ada pula harus melalui kesukaran apabila ada insan-insan lain yang ingin mengasihi dan juga dikasihi kita. Jikalau seorang yang kita menolak kasihnya, ia tidak begitu berat tekanannya tetapi jikalau terlalu banyak sehinggakan ia menjangkau sepuluh insan, tekanannya dapat dirasai. Mungkin kita akan mula merasakan diri kita ini jahat, tidak berhati perut, kejam kerana sering melukakan hati insan lain. Tetapi, kadang-kala, kita terpaksa kerana kita ada hak untuk memilih yang terbaik buat diri kita. Misalnya, seseorang insan yang dapat membimbing kita ke jalan Allah swt, jalan yang diredhaiNya. Tetapi ada kalanya, seseorang yang sukakan kita mungkin merangkumi segala kriteria yang dingini tetapi hati kita belum terubat dari luka semalam. Ini sukar untuk kita tempuhi. Justeru itu, ana sering berpaling kepada Allah swt kerana Dialah tempat ana mengadu dan berlinang air mata.
Seseorang yang ana tidak sangkakan akan sukakan ana, menyukai ana. Itu apa yang dikatakannya tetapi adakah itu kenyataan atau hanya sebuah igauan? Pernah suatu ketika, ana sukakan dia tetapi dia agak kasar dengan ana. Justeru itu, ana menganggap bahawa kami tidak sehaluan dan tidak akan terjadi walau sekali pun dia akan menyukai ana. Apa yang ana sangkakan berubah, apabila dia menyatakan perasaannya. Ana juga menyangka selama ini bahawa dia masih ada hati untuk Lina. Yang benarnya, ana rasa ana sebenarnya sukakannya tetapi ana tak boleh. Ana tak tahu, ana takut terluka lagi.. Entahlah.. Ana sendiri kekeliruan tetapi apakan daya, semua ini sudah tertulis dan sebagai seorang manusia yang lemah serta hina, kita tidak boleh melawan kemahuan Dia Yang Maha Mengetahui segala.
Yang benarnya, bukan ana tak sudi tetapi ana benar2 dapat merasakan bahawa dia tidak boleh sukakan ana dengan sepenuhnya kerana dia masih sukakan Lina. Jikalau ana mahu terima seseorang, ana mahu pastikan bahawa dia cuma sukakan ana dan bukan sesiapa selain ana. Dia boleh berkawan dengan mana-mana perempuan lain kerana jikalau ana terimanya, ia bererti ana benar-benar percayakannya dan jua kesetiaannya.
Pernah suatu ketika ana mempercayai seseorang dengan sepenuh hati tetapi kepercayaan ana terhadapnya tidak dihargainya. Dia memainkan perasaan ana dan ia sudah cukup untuk mengguris hati dan naluri. Luka dari pengalaman lalu masih segar di ingatan. Malah masih dapat dirasai dan setiap detik menghantui diri. Apakan daya, ana hanya dapat anggap ini sebagai dugaan. Shakespearant quote:
The World's A Stage and We're Merely Players. Kerana orang yang tidak menghargai kesetiaan ana, ana tidak dapat percayakan sesiapa termasuk diri ana sendiri. Bagi ana, tiada kejujuran lagi si dunia ini. Ana masih cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah lalu tetapi sejauh mana yang dapat ana melangkah. Ana harap suatu hari nanti, ana berjaya memulakan hidup baru. Insya'Allah, dengan izin Allah swt.
Ya Allah, kau berikanlah ketabahan kepada hambaMu yang lemah serta hina ini. Tiada cinta yang sesuci cintaMu. Tiada kasih yang semanis kasihMu. Hanya daripadaMu ku mohon petunjuk agar diri ini tidak jauh tersisir daripada jalan yang diredhaiMu. Sesungguhnya Kau Maha Memahami dan Maha Mengetahui dan ku yakin kau memahami apa yang tersirat di hati hambaMu ini. Sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, limpahkan rahmatMu yang melangit luas itu. Semoga hidupku sentiasa diberkati dan diredhaiMu. Ameen.
14:24