Sunday, November 19, 2006
Ana sukakan lagu-lagu nasyid yang dapat memberi keinsafan kepada kita bahawa Allah swt itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, dan juga dapat menyedarkan kita dengan perlunya cinta, kasih dan sayang kepada Allah swt. Di antara lagu-lagunya ialah:
Sesungguhnya - RaihanSebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri in rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir, namun rindu tak akan berbunga
Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga Kauthar
Tuhan, hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan, kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga ku tahu syukurku adalah milikMu
Kembali - RaihanKehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu Dia yang Maha Kuasa?
Masihkah tak mengerti tiada hidup tanpaNya?
Subhanallah..
Lalu kau pun tunduk membisu sejuta ketakutan
Bayangkan dosamu bagai lautan
Haraplah diberi peluang umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Sedarlah kau dari kesilapanmu
Lalu kau pun sujud mengaku
Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah diberi peluang beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati
Engkau pun menyedari jangka waktu yang diberi
Kau telah pun sedari cintaNya yang abadi
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Cintai Illahi cinta yang hakiki
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
17:58