Tuesday, July 25, 2006
Segenggam tabah buat bekalan di sepanjang perjalanan.. Itulah kata-kata yang membantu ana kuatkan semangat untuk berjuang di dalam hidup yang penuh panca roba.. Ana yakin akan rahmat Tuhan yang melangit luas.. Setiap kesukaran di dalam kehidupan seharian, ada hikmahnya. Ana yakin akan keagungan Tuhan dan keadilanNya.. Setiap liku kehidupan akan Ana tempuhi dengan tabah.. Ana sudah bertekad untuk berusaha di dalam apa sahaja yang Ana ceburi dan redha dengan ketentuan Illahi.. Jika Ana tidak berjaya, mungkin itulah waktunya Tuhan mahu Ana bekerja dengan lebih tekun.. Ana redha tidak bererti Ana pasrah. Dengan merungut apabila musibah menimpa diri, tidak akan membantu perbaikinya. Dengan merungut juga, masa tidak akan mengulangi kejadian itu bagi kita memperbaikinya sebelum ia menjadi suatu musibah. Justeru itu, redhalah dengan segala yang terjadi kerana Allah swt itu lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk diri kita.
Kata-kata Ustazah Hazlinda tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga Ana. Pelajaran Aqidah membantu Ana teguhkan iman. Juga dengan bimbingan Ustazah Hazlinda, Ana lebih menyayangi agama. Dalil-dalil daripada Al-Quran juga membantu yakinkan Ana akan betapa untungnya Ana dilahirkan Muslim. Ana beryukur kepada Illahi kerana memberikan hidayah sebeluim terlambat. Ana dapat merasakan betapa kerdilnya diri Ana. Buat masa kini, Ana hanya dapat berdoa supaya Allah swt menerima taubat Ana. Sesungguhnya Allah swt maha pengampun. Lagu yang didendangkan kumpulan nasyid Mestica berjudul Destinasi Cinta juga membantu Ana meneguhkan iman di hati..
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmatMu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan kujirus dengan madu keimanan
Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang kucari sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah kuredah daerah cinta
Yang lahir dari wajah yang alpa
Tiada tenang kutemui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Lestarikan wadi kalbuku, Oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu
Namun masihku mengharap ampunanMu
Wahai Tuhanku, Ya Allah..
Buat masa kini, fikiran Ana sering berkecamuk. Diri Ana bagaikan diselimuti begitu banyak masalah. Masalah sakit sudah lazim buat diri Ana. Kini, perasaan yang sudah lama terpahat di dalam hati juga menjadi masalah bagi Ana. Perasaan yang Ana maksudkan ialah perasaan kasih sayang kepada seseorang insan yang layak digelar kekasih. Kasih sayang itu tidak Ana rasa terbalas. Perasaan sayang yang berputik semakin hari semakin semarak di dalam hati. Tetapi, adakah dia tahu perasaan Ana kepadanya. Ana tahu Ana tidak salah lagi. Ana tidak ingin mendustai hati Ana dan Ana yakin bahawa Ana sangat menyayangi dirinya dengan setulus hati. Tetapi, Ana masih tidak tahu bagaimana akhirnya perasaan sayang Ana kepadanya. Adakah ia akan terbalas ataupun ianya akan dibiarkan sehingga ia terlerai begitu sahaja? Pernah dia nyatakan untuk Ana menunggunya tetapi akankah dia tepati janjinya atau ianya hanya omongan kosong? Dia merupakan insan yang pertama yang berjaya membuka hati Ana untuk bercinta semula dan dialah insan yang pertama yang dapat menyakinkan Ana bahawa masih ada insan yang mulia di dunia ini. Dirinya itu sungguh mulia bagi Ana dan Ana tidak pasti jika Ana akan bertemu dengan seseorang sepertinya jua. Dirinya itu sungguh berharga buat Ana dan mengenalinya itu bagaikan sebuah hadiah dari syurga. Tetapi, apakah isi hatinya? Sehingga kini Ana masih tertanya-tanya apa yang terpahat di hatinya. Adakah insan lain di hatinya? Jikalau benarlah ada insan lain di hatinya, Ana hanya dapat mengundur diri.. Ana yakin itulah yang terbaik buat Ana dan dirinya. Ana hanya dapat mendoakan semoga dia bahagia. Bagi Ana, Ana hanya mahukan yang terbaik buat dirinya, insan yang Ana sayangi. Tetapi, jawapan bagi segala tanda tanya yang ada pada diri Ana masih belum terjawab.. Adakah dia tahu isi hati Ana dan juga perasaan sayang Ana terhadap dirinya? Hingga kini Ana masih tertanya-tanya.. Mungkin sudah suratan hidup Ana begini. Ana redha.. Kasih sayang Tuhan itu berkekalan abadi.. Mungkin inilah dugaan hidup Ana. Ana redha, Ya Allah..
22:17


Identity: Princess Farzana
Age: 17
School: Tanjong Katong Girls' School
Birthday: 4th April 1990
Castle: Pasir Ris, Singapore
I[The Princess Idolises]I
~Siti Khadijah
~Aisyah Humaira
~Fatimah Az-Zahra
~Rabiatul Adawiyah
~Sumaiyah
~Ainul Mardhiah
~Zinnirah
I[The Princess Loves]I
~Chocolates
~Roses
~teddy bears
~read love novels
~enjoying & appreciating nature
~writing poetries
~nice cute stuff which are purple, pink, white n black
~Everything abt Islam such as..
-Listening to Quran recitation by Misyari Afasi
-Listening to Zikrullah by Hijjaz
-Islam research
-Attending religious functions or events
-Planning events for Muslim youths [duh.. y do u tink i becum a Muslim youth activist]
~Purple, pink, black, white
~Loves kids!!! [duh.. y do u tink i do child-minding ryt..]
I[The Princess's Personality]I
~loving and lovable
~smile and laugh a lot
~bubbly
~true socialite
~happy-go-lucky
~annoying [I KNOW]
~can be complicated at times.. so, getta know me.. lol
~haf gd listening ears n shoulders to cry on
~loves home
~loves the library
~loves the mosque
~juz another human in Allah's list
I[The Princess Has]I
-dearestest someone, sometwo, somethree
-annoying but sweet younger brother n younger sister
-loving, understanding n supportive mama
-religious papa
I[Summary of The Princess]I
~a very simple girl who is devoted to Allah, Islam, her family and whoever she's committed to
~someone who has goals and dreams and would not let anyone stifle me from achieving them
~Honestly, guys who wear shorts in public turn me off. Disgusting can!
~a freelance volunteer. Lyk any Islam organisations or mosques which nd xtra help, can approach me. Insya'Allah will help if I'm not busy
~lurves kidz yepz! LOTZ!
CINDERELLA
* I CAN SLAY MY OWN DRAGON
* I CAN DREAM MY OWN DREAMS
* THE NIGHT IN SHINING ARMOUR IS ME
When I was just a little girl
My momma used to tuck me into bed and she read me a story
It always was about a Princess in distress
And how a guy would save her and end up with the glory
I'd lie in bed and think about the person that I wanted to be
Then one day I realized the fairy tale life wasn't for me
I don't wanna be like Cinderella
Sittin' old old dusty cellar
Waiting for somebody, to come and set me free
I don't wanna be like Snow White waiting
For a handsome prince to come and save me
On a horse of white, unless we're riding side by side
Don't want to depend on no-one else
I'd rather rescue myself
Someday I'm gonna find someone
who wants my soul, heart and mind
Who's not afraid to show that he loves me
Somebody who will understand I'm happy just the way I am Don't need nobody taking care of me
I will be there for him
just as strong as he will be there for me
when I get myself started
it got to be an equal thing
I can slay, my own dragon
I can dream, my own dreams
My knight in shining armour is me
So I'm gonna set me free
Lke cinderella
on dusty cellar