Wednesday, July 26, 2006
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarrakatuhAna berasa sungguh tersentuh dengan mereka yang cuba untuk memberi nasihat kepada Ana. Syukran. Tetapi, di sebalik nasihat-nasihat tersebut, Ana agak tersinggung dengan soalan-soalan yang ditujukan. Ana mendiamkan diri sebagai tanda bahawa Ana tidak mahu menjawab soalan-soalan sedemikian rupa. Ada yang mendesak tetapi ada yang dapat memahami Ana. Syukran kepada yang memahami. Ana menghargainya.Hari ini, Ana tidak dapat menumpukan perhatian Ana di kelas. Fikiran Ana sangat terganggu. Ana tidak dapat melupakan perbualan Ana dan dia, insan yang disayangi. Dia kelihatan begitu tersentuh sehinggakan dia tidak dapat menahan airmatanya daripada mengalir. Ana tidak menyangka bahawa ianya akan begitu menyentuh hatinya. Ana bersyukur kepada hadrat Illahi sekiranya dia sedar segalanya yang berlaku ke atas diri Ana dan betapa tertekannya Ana selama ini. Buat masa kini, Ana hanya ingin memahami dirinya. Malangnya, dia seakan-akan masih mahu berahsia dengan Ana. Entahlah.. Yang Ana tahu, dia seakan-akan mahu memberitahu Ana sesuatu daripada perbualan kami semalam. Mungkin mesej yang dapat Ana terima itu benar, mungkin tidak. Hanya Allah swt yang tahu.. Ana berharap bahawa benarlah apa yang Ana fikirkan ini. Ana tahu bahawa dia mahu Ana fahami bahawa dia bermasalah tetapi bagaimana dapat Ana fahami dirinya jikalau dia terus berahsia daripada Ana. Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang terpahat di hati kami, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui. Sesungguhnya hambaMu ini hanya inginkan kepastian. Ana hanya mahukan kepastian daripadaNya. Menurut apa yang dikatakan semalam, dia seperti mahu memberitahu Ana perasaanya tetapi apakah yang terpahat di hatinya? Setiap kali Ana fikirkan bahawa dia akan berterus terang, dia akan meninggalkan Ana di dalam keadaan tertanya-tanya. Dia sering berkata, "Hanya Tuhan Yang Tahu".. Memang benar pepatah itu tetapi kadangkala, ada insan yang lain yang harus tahu isi hati kita. Ana tidak mahu memaksanya dan Ana sudah lazim dengan dirinya sedemikian rupa. Ana sekarang bukannya Ana yang dulu lagi. Ana tidak segan untuk menyatakan begitu kerana Ana tahu bagaimana perangai Ana yang dulu. Sesiapa jua boleh berubah dan lain insan berubah mengikut samada kehendak mahupun ketulusan hati sendiri. Bagi Ana, Ana ikhlas untuk kembali kepada jalan yang benar iaitu jalan yang dirahmati Allah swt. Insya'Allah..Ana hanya dapat berdoa semoga Allah swt menerima taubat Ana. Sesungguhnya airmata taubat itu lebih bernilai daripada permata. Semenjak Ana mempelajari dalil-dalil Al-Quran di kelas aqidah Ustazah Hazlinda, Ana lebih berminat untuk mempelajari agama. Islam merupakan agama yang sungguh mulia. Islam ialah keamanan. Keamanan itu membawa ketenangan. Ketenangan merupakan sesuatu yang sangat diperlukan oleh mana-mana insan di dunia ini. Ana dapat melihat akan betapa pentingnya agama di dalam kehidupan kita. Agama seseorang dapat mencorak gaya kehidupannya. Lihatlah anak-anak muda di luar masa kini, terutama sekali mereka yang menggelar diri mereka Muslim. Muslim dari hati yang ikhlas beramal soleh ataupun Muslim dari zahirnya sahaja? Kita sebagai Hamba Allah yang mengikut ajaran agama, jangan pula kita berfikiran bahawa kita ini sempurna. Sebagai manusia, kita ada kejahilan tersendiri. Ana juga sedar kejahilan Ana meskipun sudah bertaubat ke jalan Allah swt. Manusia dijadikan dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing. Bisikan syaitan jin dan syaitan manusia lebih melemahkan kita. Amalan dan keteguhan iman yang dapat menjadi pendinding umat. Tidak pernahkah terlintas di fikiran antum siapa antum di mata Allah swt? Ana sering tertanya-tanya. Jawapan itu tidak akan diketahui sehingga Hari Akhirat, apabila amalan dan dosa kita ditimbang. Manusia sering mengira amalan yang dilakukannya tetapi pernahkah meraka mengira dosa mereka? Kenapa meraka boleh mengira amalan mereka dan bukan dosa? Ia kerana amalan yang dilakukan boleh dikira tetapi dosa yang dilakukan tidak terkira. Itu fikiran realistik bukan? Ada yang hanya ingin bertaubat di hari tua tetapi tahukah antum sehingga bila antum boleh menikmati dunia yang fana ini? Baru-baru ini, kita dapat tahu di keratan akhbar tentang kematian yang mengejut oleh beberapa insan. Tidakkah terlintas di fikiran antum bila hari antum? Mungkin esok? Adakah antum merasakan bahawa antum sudah bersedia untuk bertemu Allah swt? Bagi Ana, Ana belum dan masih mengharapkan belas kasihan daripada Allah swt untuk menerima taubat Ana. Bagi yang merasakan diri mereka sempurna, fikirlah lagi samada antum sudah mengecapi segala yang harus ada pada seseorang yang digelar Muslimin ataupun Muslimah. Dengan terteranya perkataan Malay di kad pengenalan tidak bermakna antum Muslim. Benar bukan bahawa sudah ramai Malay yang bukan lagi Muslim pada abad ini? Amalan kita yang menentukan samada kita Muslim, bukan lafaz dari bibir kita. Adakah antum merasakan bahawa agama Islam itu menyusahkan? Sebenarnya, orang Islam sendiri yang membuat agama Islam susah. Yang halal, dikatakan haram. Di antara halal dan haram, berapa banyak halal yang dapat kita nikmati. Pernahkah antum terfikir dengan keadilan Allah swt? Bagi solat fardhu 5 waktu, susahkah bagi antum melakukannya? Susahkah? 5 waktu sahaja! Dan satu solat itu paling lama 15 minit. Apa yang susah sangat? 15 minit itu lama? Antum boleh menonton televisyen daripada satu rancangan ke rancangan yang lain tetapi antum tidak merungut pun? Agama itu susah? Astaghfirullahal azim.. Lupakah antum bahawa hanya satu golongan yang akan dapat menikmati syurga? Lupakah antum akan siksa kubur dan siksa neraka yang sungguh mengerikan? Apabila kita disiksa, kita bersendirian, keseorangan. Lupakah antum!? Lupakah antum!? Kenikmatan dunia yang sementara diagungkan tetapi kenikmatan syurga yang berkekalan abadi dipinggirkan. Apakah ini sifat seorang Muslim? Bertaubatlah sebelum terlewat. Jangan kita tunggukan hari tua kerana kita tidak tahu bila giliran kita pulang ke Illahi. Jangan menantikan hari esok kerana pintu taubat kita tidak akan buka buat selamanya. Jangan tunggu seruan untuk bertaubat kerana ianya mungkin tidak akan tiba. Ana harap post entry Ana hari ini dapat mendorong antum untuk bertaubat.Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi ta'ala wabarrakatuh
21:40


Identity: Princess Farzana
Age: 17
School: Tanjong Katong Girls' School
Birthday: 4th April 1990
Castle: Pasir Ris, Singapore
I[The Princess Idolises]I
~Siti Khadijah
~Aisyah Humaira
~Fatimah Az-Zahra
~Rabiatul Adawiyah
~Sumaiyah
~Ainul Mardhiah
~Zinnirah
I[The Princess Loves]I
~Chocolates
~Roses
~teddy bears
~read love novels
~enjoying & appreciating nature
~writing poetries
~nice cute stuff which are purple, pink, white n black
~Everything abt Islam such as..
-Listening to Quran recitation by Misyari Afasi
-Listening to Zikrullah by Hijjaz
-Islam research
-Attending religious functions or events
-Planning events for Muslim youths [duh.. y do u tink i becum a Muslim youth activist]
~Purple, pink, black, white
~Loves kids!!! [duh.. y do u tink i do child-minding ryt..]
I[The Princess's Personality]I
~loving and lovable
~smile and laugh a lot
~bubbly
~true socialite
~happy-go-lucky
~annoying [I KNOW]
~can be complicated at times.. so, getta know me.. lol
~haf gd listening ears n shoulders to cry on
~loves home
~loves the library
~loves the mosque
~juz another human in Allah's list
I[The Princess Has]I
-dearestest someone, sometwo, somethree
-annoying but sweet younger brother n younger sister
-loving, understanding n supportive mama
-religious papa
I[Summary of The Princess]I
~a very simple girl who is devoted to Allah, Islam, her family and whoever she's committed to
~someone who has goals and dreams and would not let anyone stifle me from achieving them
~Honestly, guys who wear shorts in public turn me off. Disgusting can!
~a freelance volunteer. Lyk any Islam organisations or mosques which nd xtra help, can approach me. Insya'Allah will help if I'm not busy
~lurves kidz yepz! LOTZ!
CINDERELLA
* I CAN SLAY MY OWN DRAGON
* I CAN DREAM MY OWN DREAMS
* THE NIGHT IN SHINING ARMOUR IS ME
When I was just a little girl
My momma used to tuck me into bed and she read me a story
It always was about a Princess in distress
And how a guy would save her and end up with the glory
I'd lie in bed and think about the person that I wanted to be
Then one day I realized the fairy tale life wasn't for me
I don't wanna be like Cinderella
Sittin' old old dusty cellar
Waiting for somebody, to come and set me free
I don't wanna be like Snow White waiting
For a handsome prince to come and save me
On a horse of white, unless we're riding side by side
Don't want to depend on no-one else
I'd rather rescue myself
Someday I'm gonna find someone
who wants my soul, heart and mind
Who's not afraid to show that he loves me
Somebody who will understand I'm happy just the way I am Don't need nobody taking care of me
I will be there for him
just as strong as he will be there for me
when I get myself started
it got to be an equal thing
I can slay, my own dragon
I can dream, my own dreams
My knight in shining armour is me
So I'm gonna set me free
Lke cinderella
on dusty cellar